價格:免費
更新日期:2019-04-20
檔案大小:42M
目前版本:3.0
版本需求:Android 4.1 以上版本
官方網站:mailto:hafiza.abas@gmail.com
Email:https://izzutechworld.wordpress.com/2019/04/19/privacy-policy/
聯絡地址:1 Jalan Cerdik 2 Taman Universiti 43000 Kajang Selangor
AR Jawi merupakan sebuah aplikasi ringkas yang berkonsepkan visual dan audio. Aplikasi ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bunyi dan mod AR (Augmented Reality) bagi mengeluarkan visual objek 3D. Untuk bahagian bunyi, pengguna akan didengarkan dengan audio setiap huruf untuk membantu pengguna mengenalpasti huruf – huruf jawi di dalam bahagian satu mengikut silibus buku teks Jawi darjah 1, negeri Johor. Pengenalpastian ini berlandaskan daripada dua sumber iaitu audio dan grafik.
Aplikasi ini terdiri daripada dua bahagian iaitu 2D dan 3D, pada bahagian 2D terdapat 2 pelajaran iaitu pelajaran 1 dan pelajaran 5. Pengguna perlu menekan pada skrin untuk mengeluarkan bunyi huruf – huruf jawi. Pengguna boleh mendengar dan belajar cara sebutan melalui panduan audio. Pada pelajaran 5, pengguna perlu menekan pada skrin untuk mengeluarkan audio atau suara untuk mengeja dan menyebut perkataan tersebut. Pada pelajaran yang selebihnya, paparan visual sahaja yang disediakan dan tiada panduan audio melainkan pada bahagian 3D iaitu bahagian AR.
Seterusnya, pada bahagian 3D iaitu bahagian AR, semua pelajaran dan muka surat yang ditetapkan mempunyai audio dan visual objek 3D. Hanya beberapa objek 3D yang dapat dikeluarkan oleh kerana, sesetengah perkataan, tiada objek yang sesuai untuk digunakan. Setiap
Selain itu, setiap perincian dalam aplikasi ini seperti gaya fon, penggunaan warna pada latar belakang dan warna fon adalah menggunakan sumber yang mesra pengguna. Untuk gaya fon, paparan aplikasi adalah dalam bentuk ‘horizontal’. Di samping itu, warna latar belakang juga dititik-beratkan agar pemain selesa untuk memandang skrin dan tidak menyebabkan mereka sakit mata.
Akhir sekali, harapan saya adalah aplikasi ini dapat serba sedikit membantu kanak-kanak yang berumur darjah 1 agar mereka boleh mula untuk mengenal huruf dan seterusnya pandai untuk membaca dan mengeja dengan sempurna dalam bahasa Jawi agar masa depan mereka lebih cerah dan berjaya.